Thursday, August 18, 2011

Sempena Majlis Pelancaran Bulan Ramadhan 2011/1432H































Pada 29 Julai 2011, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Khas Kuantan telah menjalankan Program Pelancaran Bulan Ranmadhan bertempat di Dewan Terbuka SKPK.Semua guru,staf sokongan, PPM dan murid melibatkan diri dalam program tersebut.Majlis tersebut dimulai dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Suhardi b Azemi,diikuti dengan perasmian pembukaan oleh Pn Guru Besar,SKPK, Pn Hjh Naemah bt Hj Ali,seterusnya taklimat program Ihya’ Ramadahan yang disampaikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam,Pn Hjh Fadilah,seterusnya ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Suhardi b Azemi.
Program tersebut bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi.Semasa guru membaca Yassin murid turut membaca menggunakan kod tangan dan murid menjawab soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan.
Impak:
Semua warga SKPK dapat mengikuti program Ihya’Ramadhan dengan jayanya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………. …………………………
(Rahimahton bt Abd Wahab) (Hjh Fadilah bt Hj Salehuddin)
AJK Dokumentasi Setiausaha
Pelancaran Bulan Ramadhan Pelancaran Bulan Ramadhan





KERTAS KERJA JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN PELANCARAN BULAN RAMADHAN 2011

Tarikh :29 Julai 2011
Masa :7.30-10.15
Tempat :Dewan Terbuka SK Pendidikan Khas Kuantan
Pengurusi: Pn Hjh Naemah bt Hj Ali(Guru Besar)
N.Pengurusi: Pn Rohana bt Ahmad(GPK Pentadbiran)
Pn Norhayati bt Mohd salleh (GPK HEM)
Pn Saripah bt Samad(GPK KOKO)

Setiausaha: Pn Hjh Fadilahbt Hj Salehuddin
P.Setiausaha: Cik Rahimaton bt Abd Wahab


JAWATANKUASA KERJA

Pengacara Majlis: En Nurahimi bin Nunzah
Penceramah : Ustaz Suhardi b Azemi
Siaraya: En Mohd Sofi bin Affendi
En Norhisham bin Alwi
En Mohd Imran bin Hussin
Persediaan Tempat:En Mohd Suhardi b Azemi
En Bahari b Manaf
En Satar b Abdullah
Pn Hjh Fadilah Bt Hj Salehuddin


Kawalan Murid
Pn Liza bt Abdullah
Pn Kamsiah bt Nayan
Pn Nurul Akma bt Abd Rani
Pn Intan Shahelee bt Abu Seman
En Mohd Faizul b Sidek
Pn Sharifah Husaini bt Syed Hussin
Cik Noorhasliza bt Abd Aziz
Pn Lily Saliza bt Md Saad
Cik Rohaiza bt Zakaria
Pn Mazidah bt Kamarom
Siti Zubaidah bt Ahmad
Pn Hazimah bt Mohamad (Murid Moral)
Pn Junainah bt Mohamad
Pn Ainon bt Abdullah
Pn Raisam Afiza bt Che Mat
Pn Norlida bt Aziz
Siti Zaharah bt Sallehudin


Juru Gambar: En Mohd Iznan b Azmi
Pn Noorhazralin bt Abd Ghafar
Juru Bahasa: En Mohd Nizam b Mohd Shariffuddin
Pn Roshahidah bt Zulkifle
Dokumentasi/
Buku Program: Cik Rahimahton bt Abd Wahab
Panel Kuiz: Pn Nooradibah bt Hanafi

Cenderahati/
hadiah: Pn Juliawati bt Rani

Hakim: Pn Rohana bt Ahmad(GPK Pentadbiran)
Pn Norhayati bt Mohd Salleh(GPK HEM)
Pn Saripah bt Samad










ATURCARA MAJLIS PELANCARAN BULAN RAMADHAN 2011

7.30 : Murid dan guru berkumpul di Dewan Terbuka SKPK
Bacaan Doa
Bacaan Yassin dan Selawat
Ucapan Pelancaran dan Perasmian Sambutan bulan Ramadhan(Guru Besar SK Pendidikan Khas Kuantan)
Ceramah Bulan Ramadhan(Ustaz Suhardi)
Murid menjawab Kuiz

10.15: Rehat














Guru guru perempuan termasuk Puan Guru Besar, membaca dan menghayati Surah Yassin dengan khusyuk dan tawaddu’


Diantara guru lelaki yang juga turut membaca Surah Yassin

Ustaz Suhardi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Persediaan menjalankan ibadah puasa” dengan ceria sekali.Murid murid semua
menghayati penerangan ustaz.

Doa dipohon memohon berkat dan rahmat sempena Ramadhan bakal menjelma

Versi Surah Yassin murid Masalah Pendengaran masih belum ada di pasaran.Sebagai alternetif disediakan oleh GPI sendiri......













Thursday, June 17, 2010

aktif kembali

assalamualaikum.....lama dah tak buka blog ni.......dah rindu rasanya,pe nak wat masa dan keadaan tak mengizinkan...tak de pe nak cite....abis kn masa cuti layan kerenah anak-anak je....

Monday, November 2, 2009

Cantik.........















Pemandangan Pangkor waktu malam....Syahdu tambah lagi My Darling ada kat sebelah.....4 hari 4 malam pun tak cukup rasanya

Sedap..........


Hai........tak habis lai cerita Pangkor,masa saya makan disebuah warung kat sana saya dapat satu resepi masak "kerabu ikan bilis" simple dah sedap sesuai untuk oarang yang kurang masa seperti kita....

Bahan-bahan
1.Sekilo ikan bilis
2.sekilo bawang kecil
3.Sekilo cili api
4.Garam secukup rasa
5.Mionyak masak

Cara membuatnya senang saja......
-Tumbuk kesemua bahan 1,2,3 hingga agak lumat.Panaskan minyak agak banyak(hingga menutupi semua bahan).Setelah minyak panas, masuklah semua bahan tumbuk tadi....Goreng hingga rangup...Tambahkan garam dan perasa secukupnya....Sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas.....

Sunday, November 1, 2009

Kursus di Pangkor


Assalamualaikum........dah lama saya tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di laman ini di sebabkan kesibukan dan banyak halangan.Pada hari Selasa yang lalu saya telah mengikuti kursus Kod Tangan di Pulau Pangkor selama empat hari.......Enjoy sungguh kursus tu......dapat banyak ilmu dan member dari pelbagai negeri......Yang penting tempat cantik,selesa dan makanan pun sedap.........Kalau diberi peluang memang saya nak pergi lagi berkursus di sana.........But sory gambar tak da na........Kepada sesiapa y6ang belum pergi ke Pangkor silalah kesana.....dari jeti Lumut ke Pangkor tambang RM 10.00 pergi balik naik feri selama lebih kurang 30 minit......tempat penginapan banyak di sana tak perlu bimbang pilih saja yang mana suka.......ikut kata "pulus" ikut mampu la.........