Monday, November 2, 2009

Cantik.........















Pemandangan Pangkor waktu malam....Syahdu tambah lagi My Darling ada kat sebelah.....4 hari 4 malam pun tak cukup rasanya

Sedap..........


Hai........tak habis lai cerita Pangkor,masa saya makan disebuah warung kat sana saya dapat satu resepi masak "kerabu ikan bilis" simple dah sedap sesuai untuk oarang yang kurang masa seperti kita....

Bahan-bahan
1.Sekilo ikan bilis
2.sekilo bawang kecil
3.Sekilo cili api
4.Garam secukup rasa
5.Mionyak masak

Cara membuatnya senang saja......
-Tumbuk kesemua bahan 1,2,3 hingga agak lumat.Panaskan minyak agak banyak(hingga menutupi semua bahan).Setelah minyak panas, masuklah semua bahan tumbuk tadi....Goreng hingga rangup...Tambahkan garam dan perasa secukupnya....Sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas.....

Sunday, November 1, 2009

Kursus di Pangkor


Assalamualaikum........dah lama saya tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di laman ini di sebabkan kesibukan dan banyak halangan.Pada hari Selasa yang lalu saya telah mengikuti kursus Kod Tangan di Pulau Pangkor selama empat hari.......Enjoy sungguh kursus tu......dapat banyak ilmu dan member dari pelbagai negeri......Yang penting tempat cantik,selesa dan makanan pun sedap.........Kalau diberi peluang memang saya nak pergi lagi berkursus di sana.........But sory gambar tak da na........Kepada sesiapa y6ang belum pergi ke Pangkor silalah kesana.....dari jeti Lumut ke Pangkor tambang RM 10.00 pergi balik naik feri selama lebih kurang 30 minit......tempat penginapan banyak di sana tak perlu bimbang pilih saja yang mana suka.......ikut kata "pulus" ikut mampu la.........

Sunday, September 27, 2009

kembali ke sekolah

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bermula........ini bermaksud ini kali pertama aku membuka kembali "lapangan mindaku"tak banyak perkara yang ingin ku abadikan cuma ianya berkisar kepada Kisah Hari Raya Aidif Fitri 1430H........Merupakan hari raya yang amat bermakna bagiku.....mana tidaknya, kami bertolak balik ke Chenor(kampungku) pada petang hari Sabtu,Mak dah pun siap membakar lemang,Adikku yang berada di Lumut pun sampai pada hari yang sama...Amboi bukan main seronoknya aku.....kan pe' tukang masak' ada balik.......Dia mula memasak kari kerbau dan rendang rusa......Aku cuma tolong kacau je.....Setelah berbuka puasa, adikkku balik ke rumah keluarga mertuanya di Sg Lembing.....tinggallah aku bersama emak dan mula merancang nak masak untuk hari esok......My Darling kata esok pas Solat Sunat Aidil Fitri nak bertolak ke Perak ,Kepala otak mula berfikir menu untuk bekal dalam perjalanan......My Darling ofer masak nasi tomato.......Wah bukan main seronok lagi aku.......
Awal pagi semua telah siap sedia untuk ke surau untuk menunaikan solat sunat yang tinggal cuma aku dan dua orang putweri kecilku Farhanim dan Farhanum.Aku mula berkemas rumah dan membuat persiapan untuk berangkat ke Perak.........Wow, berjaya My Darling masak nasi sedap.......pertama kali lah katakan.......Lantas mak kata kalau cam ni nanti senanglah nak buat kenduri coz dah ada orang pandai masak nasi tomato........
Kami bertolak ke Perak pada pukul 1030 pagi, perjalanan tidaklah terlalu sesak cam biasa je.......kami berhenti makan di RnR Sg Perak dan sampai ke Kota Tampan Air (Kg My Darling) pada pukul 5.00ptg.Abang Ee dan adik serta keluarga telah pun sampai.....tak leh nak sambung cerita coz ada tugas sedang menunggu..........sabar

Wednesday, September 16, 2009

Buat Baru

Pada asalnya aku telah pun membuat satu blog,but.........tidak dapat buka coz aku tidak dapat buka entah apae yang tak kena..........aku frust giler........nasib baik atas nasihat sifuku(siapa lagi Mek Liza tulah) jagan frust masih ada jalan lain ..........so....i buat lah yang baru.